Wanita Lompat Dari Teksi Selepas Dipuji Cantik Oleh Pemandu

Judul : Wanita Lompat Dari Teksi Selepas Dipuji Cantik Oleh Pemandu

Baca Juga:


Wanita Lompat Dari Teksi Selepas Dipuji Cantik Oleh Pemandu

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Loading...

TIPS KESIHATAN

Sejak kebelakangan ini, kita sering digemparkan dengan berita rogol dan juga cabul terhadap kaum wanita tidak kira usia. Jadi, tidak hairanlah jika seseorang wanita bersifat musykil terhadap orang di sekelilingnya.

Khamis lepas di Indonesia, seorang gadis merasakan dirinya berada dalam bahaya selepas pemandu teksi yang dinaikinya itu mula berkelakuan aneh.

Ketika itu, Dini Nurharyati telah menggunakan aplikasi di mana dia boleh mendapatkan perkhidmatan kenderaan teksi motosikal secara online melalui telefon bitmbitnya.

Gambar hiasan

Sekitar jam 9 malam, gadis tersebut telah diambil seorang pemandu lelaki bernama Irfan Arifsandi dari Ampera dan ditetapkan untuk turun di Pademangan, Indonesia.

Semasa dalam perjalanan, gadis tersebut mula berasa musykil terhadap pemandu tersebut kerana dia tidak mengambil laluan biasa ke destinasinya. Sebaliknya, dia telah menggunakan jalan yang pelik dan memasuki kawasan yang sepi di sekitar Jalan Karang Bolong Ancol.

Gambar hiasan

Menurut Dini, pemandu itu juga kelihatan berkelakuan aneh dan tiba-tiba saja memuji gadis itu.

Kamu cantik.”

Oleh kerana risaukan keselamatannya, wanita tersebut tidak berfikir panjang dan terus melompat dari motosikal yang bergerak itu dan terjatuh ke atas jalan raya yang berbatu sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian wajah, dagu dan juga lengannya.

Gambar hiasan

Namun, pemandu tersebut tidak mengambil endah atau membantunya langsung malah melarikan diri dari tempat kejadian. Kalau tak bersalah kenapa lari?

Mujur, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus datang dan membantunya.

Selepas membuat siasatan lanjut, pihak polis merasakan pemandu tersebut tidak bersalah dalam kes ini dan kejadian tersebut cuma salah faham sahaja.

Pemandu tersebut dikatakan mengambil jalan gelap itu kerana dia hanya mengikuti petunjuk yang diberikan oleh GPS di telefon bimbitnya sahaja. 

Gambar hiasan

Mereka juga mengatakan tindakan Irfan memujinya itu hanya atas niat untuk mengusiknya saja dan dia tidak bermaksud untuk mengganggunya. 

Walau bagaimanapun, Irfan gagal menyatakan penjelasan yang kukuh kenapa dia telah melarikan diri dari tempat kejadian selepas Dini melompat.

Tuhan jelah yang tau apa niat sebenar lelaki tersebut. Walau apa-apapun, korang tetap kena hati-hati dengan perangai lelaki buaya darat ni! 

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Wanita Lompat Dari Teksi Selepas Dipuji Cantik Oleh Pemandu
Alamat link terkait :Wanita Lompat Dari Teksi Selepas Dipuji Cantik Oleh Pemandu

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Lompat Dari Teksi Selepas Dipuji Cantik Oleh Pemandu"

Posting Komentar