Anak Didera Dengan Besi Pengasah Pensil, Guru Besar Minta Ibu Bapa Tarik Semula Kes dan Kasihankan Guru

Judul : Anak Didera Dengan Besi Pengasah Pensil, Guru Besar Minta Ibu Bapa Tarik Semula Kes dan Kasihankan Guru

Baca Juga:


Anak Didera Dengan Besi Pengasah Pensil, Guru Besar Minta Ibu Bapa Tarik Semula Kes dan Kasihankan Guru

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan berita tentang insiden yang membabitkan seorang guru sekolah rendah dari Port Dickson menghukum anak murid berusia 8 tahun di mana pipinya telah ditekap dengan besi pengasah pensil hingga menyebabkan kulitnya melecur.

Loading...

TIPS KESIHATAN

Susulan daripada kes itu, bapa mangsa telah membuat laporan polis tentang guru itu dan turut mengadakan sidang media berkenaan isu tersebut.

Sumber: Facebook

Bapa mangsa, Said Sudu ada berkata bahawa dia tidak akan melupakan isu itu begitu sahaja. Satu post di Facebook berkenaan isu itu telah mendapat perhatian netizen. Post itu menceritakan update terkini berkenaan kes tersebut di mana kedua ibu bapa mangsa, Mohamad Fikri Said telah menemui guru besar sekolah tersebut untuk berbincang tentang penderaan yang dilaluinya.

Sebuah video telah dirakamkan ketika perbincangan tersebut berlangsung, menunjukkan guru besar itu begitu jelas memihak kepada guru yang mendera mangsa.

Video itu bermula dengan guru-guru bertanya kepada Said,

“Said, boleh tak saya minta cikgu tu bayar ganti rugi?”

Said dengan pantas menjawab,

“Tak payah kak, tak payah. Saya taknak dia punya duit. Saya taknak duit. Satu sen pun saya taknak.”

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Guru itu kemudian dengan pantas menerangkan bahawa ganti rugi yang mereka maksudkan adalah untuk kos perubatan dan Said sekali lagi tidak bersetuju dan menolak pelawaan itu. Selepas itu, mereka cuba merayu kepada ibu bapa Fikri supaya kes ini ditutup.

Mereka kemudian memberikan alasan,

“Kesianlah cikgu tu. Dia muda lagi. Nanti kalau Said teruskan, dia tiada masa depan.”

Sumber: Facebook

Said kemudian bertanya kepadanya semula, “Kalau anak dia jadi macam ni, dia boleh diam ke?”

Guru itu masih cuba merayu dan berkata, “Tapi kalau Said boleh berfikir lagi la, kesian lah dekat cikgu tu Said, dia muda lagi.”

Menurut Said lagi, ketika terserempak dengan guru yang mendera anaknya itu, dia langsung tidak memohon maaf, malah memintanya untuk menarik semula kes.

“Macam ni hal kecil je. Pergi tarik balik kes.”

Guru besar dan guru lain kemudian terus merayu kepadanya bagi pihak guru lelaki tersebut dan Said pula berkata dia mungkin akan mempertimbangkan untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Mendisiplinkan dan mendera murid adalah dua perkara yang sangat berbeza. Sebagai guru, dia seharusnya tahu akan perbezaan ini. Diharap tindakan sewajarnya akan diambil ke atas guru tersebut – Lobak Merah

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Anak Didera Dengan Besi Pengasah Pensil, Guru Besar Minta Ibu Bapa Tarik Semula Kes dan Kasihankan Guru
Alamat link terkait :Anak Didera Dengan Besi Pengasah Pensil, Guru Besar Minta Ibu Bapa Tarik Semula Kes dan Kasihankan Guru

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anak Didera Dengan Besi Pengasah Pensil, Guru Besar Minta Ibu Bapa Tarik Semula Kes dan Kasihankan Guru"

Posting Komentar