Polis Sarawak siasat posting palsu wabak rabies
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata laporan dibuat di Balai Polis Tebedu, Serian kerana posting itu boleh menyebabkan panik dalam kalangan orang awam.
"Pihak polis menganggap perkara ini serius dan sedang menyiasat laporannya di bawah Seksyen 505(b) Kanun Jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata individu yang bertanggungjawab mencipta dan menyebar posting palsu itu sedang dikesan akan ditahan untuk disoal siasat.
Mejar Ismail Mahedin daripada Pasukan Pertahanan Awam membuat laporan mengenai posing itu yang mendakwa lebih daripada 20 lokasi di Sarawak telah diwarta sebagai kawasan wabak rabies sedangkan hanya 20 kawasan yang diisytihar sejak semalam.
-- BERNAMA
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Polis Sarawak siasat posting palsu wabak rabiesAlamat link terkait :Polis Sarawak siasat posting palsu wabak rabies
0 Response to "Polis Sarawak siasat posting palsu wabak rabies"
Posting Komentar