PBW Alor Setar Juarai Piala Pengerusi Felda 2017

Judul : PBW Alor Setar Juarai Piala Pengerusi Felda 2017

Baca Juga:


PBW Alor Setar Juarai Piala Pengerusi Felda 2017

ANTARA acara lain yang turut diadakan sempena Hari Peneroka Felda 2017 ini, telah diadakan Perlawanan Akhir Pertandingan Bolasepak Piala Pengerusi Felda 2017 di antara PBSW Kuantan dan PBSW Alor Setar bertempat di Padang Pancarona, Presint 18 Putrajaya.

Johan bagi Perlawanan Piala Pengerusi dimenangi oleh PBW Alor Setar yang ebrjaya menjaringkan gol sebanyak 3 berbalas 1 tehadap pihak lawan, PBW Kuantan. Johan telah membawa pulang piala pusingan, piala iringan, medal, sijil dan wang tunai berjumlah RM30,000 manakala Naib Johan mendapat medal, sijil dan wang tunai berjumlah RM15,000.

Bagi pemenang penjaring terbaik serta pemain terbaik, masing-masing dimenangi oleh wakil daripada PBW Alor Setar.

Hadiah-hadiah untuk Johan dan Naib Johan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Razali Ibrahim diiringi oleh YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Setelah Pertandingan Piala Pengerusi tamat, disambung pula dengan perlawanan persahabatan bola antara Felda United Allstar menentang Artis Pilihan. YB’ Dato Razali juga turut turun padang menjadi wakil pemain untuk kumpulan Felda United Allstar dengan menyarungkan jersi bernombor 9.

Manakala bagi kumpulan Artis Pilihan terdiri daripada barisan artis tempatan serta bekas pemain bolasepak seperti Mamak Putih, Ali Putih, Roy Azman, Gijie Sixthsense, Zainal Abidin Rawop dan ramai lagi.

Seperti yang dijangkan, perlawanan persahabatan ini dimenangi oleh kumpulan Artis Pilihan yang telah ebrjaya membolosi gol pihak lawan sebanyak 3-2.

Acara seperti ini semestinya dapat merapatkan lagi pihak Felda dengan orang awam yang lain-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :PBW Alor Setar Juarai Piala Pengerusi Felda 2017
Alamat link terkait :PBW Alor Setar Juarai Piala Pengerusi Felda 2017

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PBW Alor Setar Juarai Piala Pengerusi Felda 2017"

Posting Komentar