Masakan Mak Cik Felda Lebih Sedap – Akui Chef Wan

Judul : Masakan Mak Cik Felda Lebih Sedap – Akui Chef Wan

Baca Juga:


Masakan Mak Cik Felda Lebih Sedap – Akui Chef Wan

SIAPA tidak kenal Chef Wan malah kehadiran selebriti ini nyata memeriahkan Pertandingan Dapur Masakan Felda sempena Hari Peneroka Felda 2017 peringkat kebangsaan di Putrajaya pada Sabtu.

Acara disertai 35 pasukan dari seluruh wilayah skim rancangan tanah itu jelas menarik minat golongan wanita yang memang tidak dapat dipisahkan daripada dunia dapur selain penggemar masakan tempatan untuk hadir.

Apa lebih menarik ialah Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan nama Chef Wan itu merupakan ketua juri untuk pertandingan tersebut sekali gus semua peserta memang teruja masakan mereka diadili cef popular ini.

Selain itu, pertandingan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang turut melawat acara berkenaan.

Mereka turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dengan juara menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta hamper dan naib johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700 beserta hamper.

Manakala pemenang tempat ketiga pula menerima hadiah wang tunai RM500 beserta hamper. Ketika ditemui, Chef Wan mengakui masakan warga Felda yang menyertai pertandingan itu lebih enak daripada masakannya sendiri.

Malah bagi dirinya yang berpengalaman puluhan tahun dalam bidang kulinari termasuk banyak mengembara ke seluruh dunia, makanan tradisional Melayu yang dihidangkan setiap peserta Felda itu juga adalah yang terbaik.

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Masakan Mak Cik Felda Lebih Sedap – Akui Chef Wan
Alamat link terkait :Masakan Mak Cik Felda Lebih Sedap – Akui Chef Wan

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Masakan Mak Cik Felda Lebih Sedap – Akui Chef Wan"

Posting Komentar