Pantai Dameisha: Pantai Paling Kotor Di Dunia..
Kawasan pantai merupakan kawasan pinggir laut yang sering menjadi tumpuan orang ramai..Dengan pantai yang bersih serta air laut yang tenang dan cantik sering menjadikannya sebagai kawasan perkelahan dan rekreasi keluarga terutamanya pada hari minggu..Namun, sikap sesetengah pengunjung yang sering membuang sampah merata-rata merupakan masalah yang mampu mencacatkan permandangan seperti mana yang berlaku pada sebuah pantai di China.
Pantai berkenaan di kenali sebagai Pantai Dameisha yang terletak di Shenzhen, China. Dianggarkan sebanyak beratus tan sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan pantai ini terkenal sebagai pantai yang paling kotor di dunia.
Pengunjungnya pula dilihat bersahaja ketika bersantai bersebelahan sampah sarap seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan.
Pihak berkuasa tempatan ada menggaji syarikat pembersihan untuk membersihkan kawasan tersebut, malah papan tanda dilarang membuang sampah merata juga ada diletakkan. Namun malangnya tidak berupaya untuk mengutip sampah yang ditinggalkan secara keseluruhan berikutan jumlah pengunjung yang terlalu ramai.
Anda tak teringin untuk berkelah di pantai yang ‘cantik’ ini?
Kredit: UtusannMalaysia
sumber : http://ift.tt/2vHgj9Y
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Pantai Dameisha: Pantai Paling Kotor Di Dunia..Alamat link terkait :Pantai Dameisha: Pantai Paling Kotor Di Dunia..
0 Response to "Pantai Dameisha: Pantai Paling Kotor Di Dunia.."
Posting Komentar