Mayat Warga Indonesia Lemas Ketika Menjala Dijumpai

Judul : Mayat Warga Indonesia Lemas Ketika Menjala Dijumpai

Baca Juga:


Mayat Warga Indonesia Lemas Ketika Menjala Dijumpai

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang lemas ketika menjala ikan di Sungai Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor malam tadi dijumpai oleh pasukan bomba dan penyelamat pada petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mayat Hartanto, 34, dijumpai terapung pukul3.40 petang tadi, kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaanyang terletak berhampiran dengan Universiti Selangor ketika menjala bersama tiga lagi rakannya.

Seorang daripada rakan mangsa kemudian menghubungi talian kecemasan dan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Mayat Warga Indonesia Lemas Ketika Menjala Dijumpai
Alamat link terkait :Mayat Warga Indonesia Lemas Ketika Menjala Dijumpai

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mayat Warga Indonesia Lemas Ketika Menjala Dijumpai"

Posting Komentar