Rakyat Malaysia Guna Lima Sehingga Lapan Jam Sehari Tengok Skrin Digital

Judul : Rakyat Malaysia Guna Lima Sehingga Lapan Jam Sehari Tengok Skrin Digital

Baca Juga:


Rakyat Malaysia Guna Lima Sehingga Lapan Jam Sehari Tengok Skrin Digital

Rakyat Malaysia Guna Lima Sehingga Lapan Jam Sehari Tengok Skrin Digital

Ramai tidak tahu pendedahan berlebihan kepada alat digital sebenarnya boleh mengakibatkan masalah penglihatan jangka panjang seperti mata kering. (Gambar: perfectdayphotos.co.uk)

Adakah anda memulakan hari anda dengan dikejutkan oleh loceng dari jam telefon pintar? Apakah kemungkinan anda mengakhiri hari anda dengan memeriksa telefon pintar sekali lagi sebagai penutup kepada hari yang sibuk?

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh syarikat produk penjagaan kesihatan, Alcon Systane kepada masyarakat Malaysia. Jika anda merasakan situasi di atas menggambarkan gaya hidup anda, anda tidak keseorangan. Ia merupakan fenomena dunia yang kian meningkat dan Malaysia tidak terkecuali.

MENGADAP TELEFON PINTAR, KOMPUTER 8 JAM SEHARI

Menurut Alcon Systane, rakyat Malaysia meluangkan masa lebih lima sehingga lapan jam pada setiap sehari menatap skrin digital termasuk komputer riba, telefon pintar, tablet dan televisyen.

Ia berikutan populasi digital Malaysia kian meningkat kerana mahu mendapatkan maklumat secara atas talian bagi menjalankan tugas harian atau membaca berita.

Jumlah itu selari dengan trend penggunaan digital Asia yang menunjukkan warga Asia meluangkan masa secara purata lebih tujuh jam sehari menatap skrin digital dan daripada jumlah tersebut, selama dua jam diluangkan untuk menatap skrin kedua tatkala menonton TV.  

KESAN KEPADA KESIHATAN

Namun, ramai kurang menyedari bahawa pendedahan berlebihan kepada alat digital sebenarnya boleh mengakibatkan masalah penglihatan jangka panjang antaranya masalah mata kering yang disebabkan oleh tekanan digital ke atas mata. 

Tekanan digital terhadap mata merupakan ketidakselesaan yang mempunyai ciri-ciri kekeringan, kerengsaan serta penglihatan yang kabur setelah menatap lebih daripada satu skrin digital untuk tempoh yang lama secara berterusan. 

Kekerapan tekanan digital terhadap mata boleh mengakibatkan masalah mata kering yang jika tidak diselesaikan segera menyebabkan masalah jangka masa panjang terhadap penglihatan seseorang.

Ia sekali gus menjejaskan kebolehan seseorang dalam menjalankan aktiviti harian, malah menjejaskan kemampuan seseorang untuk memandu dan membaca. 

“Satu lapisan air mata yang nipis sepatutnya menyaluti permukaan mata setiap kali kita mengebilkan mata. 

"Apabila seseorang mempunyai masalah mata kering, kelenjar air mata tidak menghasilkan cecair yang secukupnya untuk melembapkan dan melindungi mata, dan ini mengakibatkan ketidakselesaan dan kerengsaan. 

"Ini boleh diakibatkan daripada pendedahan yang terlalu lama dan berpanjangan atau apa yang kita gelar tekanan digital terhadap mata. Apabila ini tidak dielakkan ia boleh mengakibatkan efek jangka masa panjang yang berbahaya serta impak secara langsung kepada kondisi kesihatan mata seseorang,” kata Pakar Oftalmologi di Columbia Asia Klang, Dr Siva Kumar Sundralingam dalam kenyataan yang dikeluarkan Alcon Systane, semalam.

PETUA JAGA MATA

Alcon Systane menjelaskan teknologi memberi banyak kelebihan dalam hidup manusia tetapi ia perlu digunakan secara bertanggungjawab untuk mengelakkan efek berbahaya kepada kesihatan. 

Berikut merupakan petua mudah oleh Alcon Systane yang boleh dijadikan sebagai amalan harian untuk mengelakkan mata daripada mengalami masalah kekeringan dan tekanan:

  • merehatkan mata daripada menatap skrin setiap 20 minit walaupun untuk tempoh yang sekejap
  • mengurangkan kadar terang komputer atau telefon pintar kepada tahap yang selesa bagi mata
  • menggunakan skrin digital daripada jarak yang selesa dan mengelakkan daripada menatapnya terlalu dekat
Alcon Systane turut menasihatkan orang ramai bertemu doktor mata sekurang-kurangnya sekali setiap tahun untuk pemeriksaan bagi memastikan kondisi mata dan penglihatan mereka kekal dalam keadaan baik. 

Selain itu, orang ramai boleh melembapkan mata menggunakan produk mata seperti yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan iaitu Systane Ultra Lubricant Eye Drops, Systane Hydration Lubricant Eye Drop, Systane Balance Lubricant Eye Drops, Systane Gel Drops dan Systane Lid Wipes.

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Rakyat Malaysia Guna Lima Sehingga Lapan Jam Sehari Tengok Skrin Digital
Alamat link terkait :Rakyat Malaysia Guna Lima Sehingga Lapan Jam Sehari Tengok Skrin Digital

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rakyat Malaysia Guna Lima Sehingga Lapan Jam Sehari Tengok Skrin Digital"

Posting Komentar