Kucing juga pembawa penyakit Rabies? Jangan ambil ringan jika digigit atau dicakar kucing

Judul : Kucing juga pembawa penyakit Rabies? Jangan ambil ringan jika digigit atau dicakar kucing

Baca Juga:


Kucing juga pembawa penyakit Rabies? Jangan ambil ringan jika digigit atau dicakar kucing

Loading...

Masyarakat awam diberi amaran supaya tidak memandang ringan gigitan kucing. Pihak berkuasa telah bertungkus-lumus untuk menangani masalah penyakit berjangkit ini daripada berleluasa dan memberi ancaman di selatan Perak.

Amaran tersebut datang dikeluarkan oleh pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr Fuziah Muhayat yang berkata seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit rabies jika dia digigit atau dicakar oleh kucing.

Dia menjelaskan bahawa pembawakan penyakit itu tidak terhad terhadap anjing sahaja.

“Mereka yang digigit perlu mendapatkan rawatan di klinik kesihatan terdekat secara serta merta kerana kucing juga berisiko membawa penyakit ini,” dia memberitahuBernama.

Satu kes dilaporkan di Kampung Mentari Kuala Sepetang Taiping pada 16 Julai, di mana seorang mangsa telah digigit kucing peliharaanya dan dibawa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Kuala Sepetang menurut Awani Online.

Tindakan yang dilakukan oleh Norhayati Abdul Hamid berjumpa doktor merupakan langkah berjaga-jaga olehnya kerana kejadian rabies yang berlaku di sekitar kawasan kediamannya.

Kucing tersebut telah dipantau untuk jangka masa 14 hari jika ianya menunjukkan tanda-tanda pembawa kepada penyakit tersebut.

Apakah rabies dan bagaimana seseorang itu boleh mendapat penyakit tersebut?

Rabies merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan saraf tunjang bagi hidupan mamalia.

Mangsa yang dijangkiti dengan rabies mungkin mengalami lemah-lemah badan seperti tidak selesa, demam, atau sakit kepala dan kemudian akan menunjukkan tanda-tanda abnormal dan berhalusinasi apabila penyakit itu kian merebak dalam badan dan tidak dirawat.

Apabila simptom yang klinikal mula ditunjukkan oleh pesakit, sakit itu biasanya membawa kepada maut.

Penyakit itu biasanya dipindahkan dari satu induk kepada yang lain menerusi cecair saliva [air liur] pembawa penyakit dan kerap kali disebarkan melalui gigitan dan cakaran.

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), anjing merupakan punca utama kematian manusia diakibatkan oleh rabies, dengan menyumbang 99% pemindahan penyakit rabies kepada manusia. Walau bagaimanapun, haiwan seperti kucing dan rakun juga pembawa kepada penyakit ini.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (VSD) telah turun padang dan mengambil langkah untuk melawan penyakit rabies yang berlaku sejak baru-baru ini. Mereka turut mengisytiharkan beberapa daerah di Perak sebagai ‘kawasan jangkitan rabies’.

Awal bulan ini, dua kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun dilaporkan telah digigit oleh anjing di Kuala Sepetang.

Menurut laporan media, kanak-kanak tersebut telah diletakkan di Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan dan mendapat pemantauan rapi oleh pihak hospital.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pada 17 Julai lalu bahawa tindakan kuarantin akan dilakukan bagi anjing-anjing di daerah Matang, dan melarang mereka membawa anjing peliharaan dan anjing dari kawasan itu keluar dari zon tersebut.

VSD menetapkan bahawa kawalan dan pencegahan dilakukan termasuklah memberi vaksinasi kepada semua haiwan peliharaan dalam lingkungan radius 1 km di Kuala Sepetang dan melaksanakan kempen kesedaran di kawasan tersebut.

Menurut laporan The Star Online, pada tarikh 19 Julai, 19 anjing terbiar yang dijangkiti dengan penyakit rabies telah dimatikan.

Era Baru

Loading...
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Kucing juga pembawa penyakit Rabies? Jangan ambil ringan jika digigit atau dicakar kucing
Alamat link terkait :Kucing juga pembawa penyakit Rabies? Jangan ambil ringan jika digigit atau dicakar kucing

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kucing juga pembawa penyakit Rabies? Jangan ambil ringan jika digigit atau dicakar kucing"

Posting Komentar