“Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Muallaf Nafi Murtad

Judul : “Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Muallaf Nafi Murtad

Baca Juga:


“Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Muallaf Nafi Murtad

BERITA palsu yang sering tular tanpa kesasihan tentang perkara tersebut merupakan satu hal yang perlu dipandang serius pada masa kini.

Lagi-lagi jika berita palsu itu melibatkan agama seseorang. Itu sudah melampau dan tidak boleh dimaafkan dengan mudahnya!

Nur Hidayah Low Abdullah merupakan seorang muallaf yang berasal dari Melaka. Wanita ini telah memeluk agama Islam namun malangnya telah diceraikan oleh suami dan dibuang oleh keluarganya sendiri kerana memeluk agama Islam. Apa yang telah terjadi kepada wanita ini ialah apabila dia dikatakan telah murtad dan ingin memberikan anaknya kepada orang lain kerana diceraikan suami.

Akibat berita itu, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah melakukan siasatan segera dan terus berjumpa dengan Hidayah.

Hasil siasatan tersebut, Hidayah dengan sendirinya menafikan isu berkenaan dan menegaskan bahawa ianya ialah merupakan berita palsu yang tidak benar sama sekali!

Berikut screenshot mengenai berita palsu tersebut:

Selain itu, kononnya Hidayah berasal dari bumi kenyalang, Sarawak itu juga palsu belaka. Hakikatnya wanita ini berasal dari Melaka dan telah berpindah ke Perlis beberapa bulan yang lalu.

Pihak MAIPs telah memberikan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada wanita ini bagi menanggung kehidupannya bersama dua anaknya. Selain itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PERKIM juga turut sama-sama membantu memberikan bantuan yang sepatutnya kepada Hidayah.

Seorang imam masjid kampung berkenaan juga dengan baik hati telah memberi tempat perlindingan kepada Hidayah iaitu di rumah kedai miliknya secara percuma. Hidayah juga turut sering menghadiri kelas agama yang dianjurkan oleh pihak PERKIM.

Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua umat Islam yang sudi membantu Hidayah. Ini menunjukkan bahawa umat Islam kini sangat prihatin sesama saudara muslim yang lain.

Akhir kata, janganlah kita dengan sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu demi kepentingan diri sendiri. Fitnah ini bukanlah satu perkara kecil yang boleh dipandang mudah. Ianya merupakan satu dosa yang mana kita perlu meminta maaf kepada tuan badan itu sendiri. Renung-renungkanlah-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :“Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Muallaf Nafi Murtad
Alamat link terkait :“Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Muallaf Nafi Murtad

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Muallaf Nafi Murtad"

Posting Komentar