Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Judul : Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Baca Juga:


Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Sungguh menyayat hati! Hati siapa yang tak luluh apabila melihat seorang bayi berusia enam hari ditemui mati dalam perigi di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin semalam.

Mayat bayi lelaki yang masih berbalut kain lampin putih itu ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 malam sebelum pihak Bomba dan Penyelamat Balai (BBP) Jasin Bestari mengeluarkannya dari perigi sedalam 20 kaki itu, lapor Berita Harian.

Sumber: Facebook

Menurut pihak polis, bayi itu telah dilaporkan hilang pada jam 7.45 malam kelmarin oleh bapa mangsa yang telah hadir ke Balai Polis Batang Melaka.



Susulan dari laporan bapa mangsa, pihak polis telah mengadakan siasatan lanjut akan kehilangan bayi tersebut, namun terdapat keraguan mengenai kesahihan kehilangan bayi itu. Berdasarkan laporan yang diberikan bapa mangsa, bayi itu kali terakhir dilihat sedang tidur di dalam bilik bersama ibunya pada jam 6.30 petang.

Namun semuanya terbongkar apabila pihak polis menerima maklumat jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi belakang rumah mangsa.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook Sumber: Berita Harian Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Berikutan penemuan bayi tersebut, enam suspek termasuk ibu dan bapa bayi tersebut ditahan pada jam 9 pagi tadi atas pertuduhan membunuh.

Sumber: Berita Harian Sumber: Berita Harian

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Apalah salah bayi itu hingga diperlakukan sebegitu rupa? Semoga kebenaran akan terbukti nanti!



Baca: Kepala Bayi Tanpa Anggota Badan Ditemui Berulat dan Tidak Sempurna di Ranau

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri
Alamat link terkait :Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri"

Posting Komentar