“Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut…”

Judul : “Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut…”

Baca Juga:


“Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut…”

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Suami mana yang tak bangga kalau ada isteri yang baik, rajin bekerja dan juga cantik jelita. Namun sesempurna mana si isteri itu, pasti ada juga perkara yang tidak kena di mata suami yang kadang-kadang seperti tidak logik.

Loading...

TIPS KESIHATAN

Sebagai contoh, seperti kisah di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT) ini. Berikut apa yang dikongsikannya:

“Assalamualaikum admin. Saya Zarul. Seorang suami ada seorang anak dan seorang isteri. Saya ada masalah dengan isteri.” 

“Kami dah kahwin lima tahun. Isteri saya biasa saja. Tapi cantik di mata saya. Kami bahagia. Anak-anak semua isteri jaga elok dari hujung kaki ke rambut. Urusan rumah semua dia jaga elok walaupun dia seorang isteri yang bekerjaya dan pada masa yang sama usahawan,” katanya.

Gambar hiasan

Menurut Zarul lagi, isterinya melayan dia bagaikan seorang raja. Malah dia berasa bertuah kerana memiliki isteri sebaik itu. Namun semuanya berubah semenjak isterinya mula menjadi usahawan produk kecantikan.

Zarul yang ‘sangat berbeza’ dari lelaki lain merungut bahawa payudara isteri semakin besar. Err.. biar betul abang ni?

Semenjak isteri jadi usahawan produk kecantikan, payudaranya makin besar. Dan peliknya isteri saya bangga dengan perubahan itu. Katanya, produknya tidak menipu dan makin laris.”

Gambar hiasan

Zarul pada mulanya senang hati oleh kerana produk yang dijual isterinya makin laris. Namun senang hati tadi berubah menjadi sakit hati apabila melihat bentuk payudara isterinya yang sangat berbeza dari dahulu.

“Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut sebab payudara dia dari saiz 34 ke 38.”  

Ish, ish, ish! Engko ni dah kenapa??

Walau bagaimanapun, bagai ada udang di sebalik batu, Zarul tiba-tiba menyatakan hasrat besarnya untuk bernikah dengan wanita lain yang baru dikenali melalui aplikasi WeChat.

“Saya ada berkenalan dengan seorang gadis WeChat berusia 19 tahun. Dia kata dia sudi menjadi isteri saya sebab tak tahan hidup dengan mak tirinya. Boleh ke saya guna alasan itu untuk kahwin lain?”

Oh… gitu ye??

Malah menurutnya lagi, dia mampu untuk berkahwin dua kerana gajinya kini berjumlah RM5,000 dan isterinya sekarang juga bekerja dan berniaga.

Perkongsian dari laman KRT ini telah mengundang pelbagai kecaman netizen, termasuklah yang mengatakan lelaki ini mungkin ‘tidak normal’. Hmm yelah tu tak normal, kan… Ke ada muslihat lain?

Sumber: Facebook

Walau apapun, diharapkan masalah rumah tangga pasangan ini dapat diselesaikan dengan baik. Jangan jadikan nafsu yang pelik-pelik sebagai punca penceraian.

Itu salah, ini salah. Pening juga ye jadi orang perempuan ni – Lobak Merah

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :“Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut…”
Alamat link terkait :“Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut…”

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut…”"

Posting Komentar