Wanita Ingin Hadiri Temu Duga Kerja Ditipu dan Dirogol Lelaki di Ladang Kelapa Sawit

Judul : Wanita Ingin Hadiri Temu Duga Kerja Ditipu dan Dirogol Lelaki di Ladang Kelapa Sawit

Baca Juga:


Wanita Ingin Hadiri Temu Duga Kerja Ditipu dan Dirogol Lelaki di Ladang Kelapa Sawit

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Kegembiraan seorang wanita yang kononnya ditawarkan pekerjaan berubah menjadi tragedi hitam dalam hidupnya apabila suatu kejadian yang tidak sangka-sangka menimpa diri.

Pada 21 Julai lepas, seorang wanita telah dirogol di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kawasan Perindustrian Seri Manjung, Perak oleh seorang lelaki yang telah menawarkannya pekerjaan, lapor Harian Metro.

Gambar hiasan

Kejadian bermula apabila mangsa mengetahui akan tawaran kerja sebagai perancang majlis hari jadi itu melalui rakannya yang juga teman wanita suspek.



Suspek kemudian menawarkan diri untuk mengambil mangsa pada jam 8 malam dengan motosikal dan kononnya berjanji membawa mangsa bertemu dengan teman wanitanya untuk berbincang mengenai pekerjaan tersebut.

Pun begitu, rancangan asal berubah dengan serta merta setelah suspek membawa mangsa ke kawasan sunyi di ladang kelapa sawit dan mengugutnya dengan mengacukan pisau ke perut mangsa.

Gambar hiasan

Mangsa yang ketakutan diarahkan turun dari motosikal sebelum suspek bertindak merogol mangsa. 

Mangsa juga difahamkan sudah berkahwin dan mendapat kebenaran suaminya untuk keluar bersama suspek dengan menaiki motosikal. Aduhai!

Walau bagaimanapun, polis sudah mengenalpasti suspek dan kini sedang giat mengesannya untuk membantu siasatan. Pun begitu, orang ramai diminta untuk menghentikan penularan mesej dan gambar suspek yang dipercayai boleh mengganggu siasatan polis.



Sumber: Facebook

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan suspek boleh berhubung dengan pihak polis.

Janganlah terlalu percayakan orang. Rambut mungkin sama hitam, tapi hati lain-lain. Kadang-kadang ada yang buat baik bersebab juga, kan…

Baca: Wanita Dirogol Rakan Teman Lelaki Kerana Ghairah Melihatnya Selepas Melakukan Hubungan Seks

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Wanita Ingin Hadiri Temu Duga Kerja Ditipu dan Dirogol Lelaki di Ladang Kelapa Sawit
Alamat link terkait :Wanita Ingin Hadiri Temu Duga Kerja Ditipu dan Dirogol Lelaki di Ladang Kelapa Sawit

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Ingin Hadiri Temu Duga Kerja Ditipu dan Dirogol Lelaki di Ladang Kelapa Sawit"

Posting Komentar