Video: Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu

Judul : Video: Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu

Baca Juga:


Video: Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu

SEORANG penumpang Uber di Chicago, Amerika Syarikat, mendapat pengalaman tidak menyenangkan apabila pemandu teksi berkenaan melakukan aksi tidak sopan bersama seorang wanita dipercayai pelacur sambil memandu.

Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu

Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu

Selepas dia membuat aduan kepada Uber, syarikat berkenaan menawarkan kredit AS$10.

Aner Manuel mendakwa antara aksi kurang sopan sepanjang dia ‘terperangkap’ bagi perjalanan sejauh 3.2 kilometer itu, ialah wanita berkenaan meraba tubuh pemandu, menciumnya sebelum melakukan seks oral.

Manuel menyiarkan rakaman kejadian kira-kira jam 3 pagi, pada 17 Julai lalu, yang dirakamnya ke media sosial.

Dalam rakaman itu, wanita terbabit dilihat mencium pemandu sebelum melakukan seks oral terhadapnya.

Selepas Uber hanya menawarkan AS$10 sebagai kredit, Manuel menyiarkan rakaman itu di media sosial bagi mendesak Uber memberi perhatian sewajarnya kepada aduannya.

Dalam emel kepada Daily Mail, jurucakap Uber berkata: “Kelakuan bekas pemandu itu tidak boleh diterima.

“Sebaik kami mendapat laporan, kami dengan segera membatalkannya sebagai pemandu Uber.”

Dalam ceritanya di media sosial, Manuel menyatakan ketika masuk ke dalam kereta, ada seorang wanita di tempat duduk penumpang depan namun menyangka ahli keluarga atau rakan pemandu.

“Wanita itu kelihatan seperti mabuk, tidak boleh duduk dengan betul dan sebaik kereta bergerak, cuba membuka pintu,” katanya.

Manuel kedengaran meminta pemandu berhenti supaya dia boleh keluar.

Sumber: Metro

Loading...
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Video: Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu
Alamat link terkait :Video: Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video: Penumpang terkejut saksikan aksi lucah pemandu Uber bersama pelacur sambil memandu"

Posting Komentar