“Tak suka jangan tengok, dikecam atau tak saya tak pernah ambil peduli” – Aedy Ashraf anggap tayang badan di laman sosial bukan satu kesalahan
KUALA LUMPUR 24 Julai – Pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Aedy Ashraf, 24, tidak menganggap tindakannya menayang badan di laman sosial adalah satu kesalahan.
“Tak suka jangan tengok, dikecam atau tak saya tak pernah ambil peduli” – Aedy Ashraf anggap tayang badan di laman sosial bukan satu kesalahan
Sebaliknya dia beranggapan, perbuatan tersebut sebagai satu cara untuk menghargai diri sendiri yang sudah menghabiskan masa dalam tempoh tertentu bersenam di gimnasium.
“Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya. Jadi itulah cara saya. Apa yang dipaparkan di laman sosial saya adalah diri saya sebenar.
“Dikecam atau tidak, saya tidak pernah ambil peduli. Tak suka jangan tengok. Kehidupan saya amat ringkas,” katanya yang memulakan karier lakonan sejak kecil menerusi filem Tentang Bulan.
http://ift.tt/2rPPBsO
Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Global Station yang diadakan di pejabat syarikat produksi berkenaan, di sini semalam.
Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan mengatakan dirinya seorang yang sukar didekati media, tegasnya ketiadaan bahan cerita untuk dijual membuatkan timbul tanggapan sebegitu.
“Saya mahu jual pencapaian saya dan buat masa ini belum ada kejayaan yang dicapai dan boleh dibanggakan. Jadi saya tiada cerita untuk dikongsikan kepada media.
“Tak mahulah kisah saya tak pakai baju menjadi topik utama. Biar kerjaya seni yang menjadi fokus dalam bidang ini. Itu adalah minat saya sejak dulu,” kata pemilik nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi.
Sementara itu, selain baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Blok 404 dan drama Papa Nak Menantu, Aedy kini sedang sibuk di set penggambaran siri Dendam Aurora sebayak 100 episod.
Pada masa yang sama, dia juga merancang untuk mengikuti kursus pengarahan jika diberi peluang kerana mahu melebarkan sayap seninya di samping dunia lakonan.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Alamat link terkait :“Tak suka jangan tengok, dikecam atau tak saya tak pernah ambil peduli” – Aedy Ashraf anggap tayang badan di laman sosial bukan satu kesalahan
0 Response to "“Tak suka jangan tengok, dikecam atau tak saya tak pernah ambil peduli” – Aedy Ashraf anggap tayang badan di laman sosial bukan satu kesalahan"
Posting Komentar