“Tak Ada Salahnya Buka Akaun Media Sosial Untuk Cahaya Mata” – Amar Baharin
Mahu buka akaun media sosial untuk anak yang bakal lahir. (Pic: Z.Nadzri)
Ada artis yang enggan ‘menayangkan’ wajah bayi mereka sebaik saja dilahirkan tetapi ada juga pasangan artis yang bersikap lebih terbuka.
Terpulang pada pendirian masing-masing, bak kata pepatah ‘tepuk dada tanya selera’.
Bagi pelakon Amar Baharin, 32, yang sedang menunggu kelahiran bayi sulung hasil perkahwinannya dengan pelakon Amyra Rosli, 26, dia berhasrat membuka akaun media sosial untuk cahaya mata mereka.
Amyra dijangka bersalin penghujung Oktober ini.
“Saya dan isteri tiada masalah untuk membuka akaun media sosial untuk anak kerana ramai selebriti berbuat demikian dan tiada salahnya kami berkongsi momen indah membesarkan anak kami dengan peminat.
"Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ia penting kerana boleh dijadikan kenangan.
"Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video. Ia boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Bercerita lanjut mengenai bayi yang bakal lahir itu, Amar beritahu mereka belum tahu jantina anak kerana setiap kali doktor melakukan imbasan, jantina bayi asyik terlindung.
"Tak kisahlah lelaki atau perempuan, kami terima dengan hati terbuka. Apa yang penting, bayi sihat,” katanya.
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :“Tak Ada Salahnya Buka Akaun Media Sosial Untuk Cahaya Mata” – Amar BaharinAlamat link terkait :“Tak Ada Salahnya Buka Akaun Media Sosial Untuk Cahaya Mata” – Amar Baharin
0 Response to "“Tak Ada Salahnya Buka Akaun Media Sosial Untuk Cahaya Mata” – Amar Baharin"
Posting Komentar