Stok Vaksin Anti-Rabies Mencukupi – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyangkal laporan Malaymail Online stok vaksin abnti-rabies di Sarawak tidak mencukupi.
Kata beliau, Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan semua negeri menyimpan stok minima vaksin rabies pada setiap masa sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya diperlukan.
Jelas beliau, jumlah vaksin yang diperolehi Kementerian Kesihatan dari 1 hingga 21 Julai 2017 sebanyak 2,043 vial dan sebanyak 4,517 vial lagi akan diterima pada awal Ogos 2017.
“Ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah 6,560 vial. Bekalan stok sebanyak 6,560 ini adalah mencukupi untuk memberi rawatan kepada 1,640 kes gigitan anjing yang perlu divaksin (setiap kes adalah diberi 4 kali suntikan vaksin).
“Berdasarkan anggaran kes gigitan anjing sekarang, Jabatan Kesihatan Sarawak masih mempunyai simpanan stok vaksin rabies yang mencukupi. Sekiranya diperlukan vaksin tambahan dalam tempoh segera, vaksin boleh dimobilisasikan dari stok vaksin di begeri-negeri lain di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini,
Sehubungan itu, Noor Hisham meminta masyarakat tidak panik dan menyebarkan maklumat yang tidak benar kerana Kementerian Kesihatnan terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak rabies serta memastikan stok vaksin sentiasa mencukupi.
Mengulas perkembangan berkaitan, katanya, tiada pertambahan kes baru dilaporkan dan status terkini wabak rabies adalah lima kes yang disahkan positif rabies di Serian Sarawak.
“:Empat kes telah meninggal dunia dan satu kes sedang dirawat di wad Hospital Umum Sarawak. Kes ini diberi bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Beliau dalam pada itu menerangkan, berdasarkan `Interim Guideline for Prevention and Control of Human Rabies in Malaysia’, kes gigitan anjing kategori dua dan tida perlu diperiksa dan dibuat penilaian oleh pakar perubatan bagi menentukan sam ada kes gigitan anjing itu mempunyai indikasi untuk divaksinasi atau sebaliknya.
Menurut beliau, sejak 1 April 2017, terdapat 624 kes gigitan yang telah dikesan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 401 kes mempunyai indikasi untuk diberi vaksinasi di mana 395 daripadanya tela diberi suntikan vaksinasi manakala enam lagi kes akan datang untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam masa terdekat.
Selain itu, katanya, terdapat 115 kes yang sememangnya tidak memenuhi kriteria indikasi untuk diberi vaksinasi, manakala baki 108 kes pula telah dikesan pada hari semalam dan sedang diselaraskan bagi pemeriksaan dan penilaian oleh pakar sebelum boleh diberi vaksinasi. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Alamat link terkait :Stok Vaksin Anti-Rabies Mencukupi – KP Kesihatan
0 Response to "Stok Vaksin Anti-Rabies Mencukupi – KP Kesihatan"
Posting Komentar