Siti Saleha Akui Berdebar Tunggu Jumaat Ini

Judul : Siti Saleha Akui Berdebar Tunggu Jumaat Ini

Baca Juga:


Siti Saleha Akui Berdebar Tunggu Jumaat Ini

HEROIN drama Nora Elena, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom bakal disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, Lutfi Azhar pada Jumaat ini. Pelakon ini mengakui berdebar menunggu hari bersejarah itu.

Siti Saleha, 27, berkata segala persiapan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Dia tidak mahu terlalu tertekan berikutan sibuk memikirkan mengenai majlis yang bakal berlangsung.

“Sudah semestinya saya berasa gementar apabila memikirkan mengenai majlis tersebut namun semuanya akan berjalan dengan lancar.

“Segala persediaan telah dilakukan oleh saya dengan bantuan ahli keluarga yang lain,” jelasnya memetik sebuah portal online.

Pelakon itu juga berkata, dia menghadkan waktu agar tidak kerap bertemu dengan Lutfi pada minggu akhir sebelum nikah berikutan ingin menjaga seri pengantin selain mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Semoga majlis yang akan dilangsungkan itu kelihatan sempurna dan berjalan dengan lancar seperti apa yang telah dirancangkan,” tambah pelakon manis itu.

BACA: Siti Saleha Sahkan Berkahwin 28 Julai Ini

Siti Saleha merupakan seorang pelakon dan model. Dia mula menempa nama di tanah air menerusi drama Nora Elena yang mengandingkannya dengan Aaron Aziz. Dia juga merupakan adik kepada vokalis Bunkface, Sam. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Siti Saleha Akui Berdebar Tunggu Jumaat Ini
Alamat link terkait :Siti Saleha Akui Berdebar Tunggu Jumaat Ini

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siti Saleha Akui Berdebar Tunggu Jumaat Ini"

Posting Komentar