Piala Malaysia Penting Buat JDT – Morais

Judul : Piala Malaysia Penting Buat JDT – Morais

Baca Juga:


Piala Malaysia Penting Buat JDT – Morais

JOHOR BAHRU – Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais memaklumkan Piala Malaysia penting buat pasukan itu.

Kata beliau, JDT masih mempunyai tiga lagi perlawanan untuk melayakkan pasukan itu melangkah ke peringkat suku akhir.

“JDT masih mengharungi dua pertandingan iaitu Piala Malaysia dan Liga Super. JDT kini berada di kedudukan yang baik dalam Liga Super.

“Manakala di Piala Malaysia, JDT masih mempunyai tiga perlawanan untuk layak ke suku akhir. Piala Malaysia juga adalah amat penting buat kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Morais dalam pada itu berkata, kesemua pemain di JDT merupakan pemain yang sangat hebat.

Kata beliau, mereka telah menunjukkan peningkatan dari sehari ke sehari dan beliau turut gembira melihat penyokong JDT.

“Saya ingin mengatakan bahawa saya terlalu gembira berada dalam keluarga JDT,” katanya.

Beliau mengulas keputusan perlawanan Liga Super malam tadi yang menyaksikan JDT membenam T-Team 6-1 di gelanggang lawan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Piala Malaysia Penting Buat JDT – Morais
Alamat link terkait :Piala Malaysia Penting Buat JDT – Morais

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Piala Malaysia Penting Buat JDT – Morais"

Posting Komentar