Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut Di Tiang Elektrik

Judul : Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut Di Tiang Elektrik

Baca Juga:


Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut Di Tiang Elektrik

LAWAS – Cubaan seorang lelaki mencuri wayar kabel elektrik memakan diri, apabila dia tersangkut pada kabel elektrik di ketinggian lapan meter di Loji Air Lama Trusan, malam tadi.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, suspek yang berasal dari Kampung Lintang terpaksa diselamatkan dan dibawa turun menggunakan tangga oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Lawas, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek disyaki cuba memotong wayar kabel itu menggunakan parang, sebelum kakinya tersangkut dan melekat pada wayar berkenaan pada jam 10.50 malam.

“Suspek gagal turun dan terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di situ.

“Polis turut merampas sebilah parang, kasut hitam dan baju tertera tulisan hotlink milik suspek “ katanya hari ini.

Tambah Abang Zainal, suspek turut mempunyai dua kes jenayah lampau atas kesalahan sama dan kini masih menunggu keputusan dari Timbalan Pendakwa Raya.

Suspek masih menerima rawatan di Hospital Lawas dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. -MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut Di Tiang Elektrik
Alamat link terkait :Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut Di Tiang Elektrik

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut Di Tiang Elektrik"

Posting Komentar