Nurizzati menjadi wanita pertama di Malaysia diiktiraf menjadi juru kimpal dalam air
Bekerja di bawah syarikat Weldzone Training Centre Sdn Bhd, anak kelahiran Selama ini telah diiktiraf sebagai juru kimpal dalam air wanita pertama di Malaysia.
Sebelum saya ikuti kursus kimpalan dalam air ini, saya ada pelajar wanita tunggal yang mengikuti kursus kimpalan pada tahun 2013 di Kolej Vokasional Taiping, kata Nurizzati.
Dia mengakui berdepan dengan kesukaran dan hampir mahu putus asa pada awal pengajian. Tapi disebabkan minatnya yang mendalam beliau tetap teruskan walaupun beliau berasa kekok untuk berinteraksi dengan rakan lelaki lain.
"Sepanjang pengajian, saya bukan saja terpaksa berusaha lebih, malah pernah diperkecil rakan pengajian yang beranggapan wanita tak akan bertahan lama.
“Atas dorongan ibu bapa, saya berusaha hingga dapat keputusan cemerlang. Alhamdulillah akhirnya terpilih sebagai seorang pelajar terbaik bagi kursus kimpalan,” katanya.
Atasi fobia air
Nurizzati berkata, kejayaan dicapai akhirnya mendapat perhatian Weldzone Training Centre Sdn Bhd yang bersetuju membiayai kos pengajiannya dalam bidang lebih mencabar, kimpalan dalam air.
Menurutnya, pada permulaan dia bimbang kerana bidang itu memerlukan pengamalnya mahir teknik berenang dan selaman.
“Saya fobia air sejak kecil, ditambah suasana kerja kimpalan dalam air jauh lebih mencabar berbanding di darat.
“Tapi berkat keyakinan dan tunjuk ajar tenaga pengajar, saya hanya ambil masa enam bulan untuk diiktiraf sebagai juru kimpal dalam air wanita pertama di Malaysia oleh badan standard kimpalan dunia (ITDA),” katanya.
Katanya, meskipun menerima pelbagai tawaran kerja dari dalam dan luar negara, dia memutuskan menjadi pembantu pengajar bidang kimpalan dalam air di Weldzone Training Centre Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Seri Manjung bagi menambah ilmu.
Menurutnya, dia bakal meneruskan kursus peningkatan kemahiran dalam bidang kimpalan dalam air di ibu pejabat ITDA di Sepanyol akhir tahun ini bagi meningkatkan lagi akreditasi tahap kemahirannya.
“Bagi seorang juru kimpal dalam air yang bekerja di lapangan, kadar bayaran standard gaji diterima antara RM300 hingga RM500 sejam, bergantung kepada tahap kemahiran dan pengalaman.
“Akan datang saya mungkin menerima tawaran kerja di lapangan oleh syarikat luar negara sebab gaji lumayan dan peluang berkelana di negara asing,” katanya.
Dia turut menyeru golongan belia terutama wanita supaya berani menceburi bidang kemahiran mencabar seperti bidang selaman komersil dan kimpalan dalam air.
“Golongan belia masa kini perlu berfikir di luar kotak dan merebut peluang menceburi bidang kemahiran sebab prospek peluang kerja sangat luas dan tawaran pendapatan lumayan.
“Bagi kaum wanita, mereka perlu mengikis stereotaip bidang kemahiran dan kimpalan hanya untuk kaum lelaki,” katanya.
Masa depan cerah
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Weldzone Training Centre Sdn Bhd, Mohd Shukri Mohd Abdul Aziz berbangga dengan pengiktirafan diterima Nurizzati dan perlu dijadikan contoh kepada golongan muda.
Menurutnya, potensi dan minat Nurizzati menarik perhatian pihaknya untuk menaja kos pengajiannya dalam bidang kimpalan dalam air berjumlah lebih RM50,000.
“Dengan pengiktirafan diterima Nurizzati, dia kini menerima pelbagai tawaran kerja dari dalam dan luar negara.
“Pencapaian Nurizzati sewajarnya membuka mata golongan belia bahawa prospek dan potensi bidang selaman komersil dan kimpalan dalam air sebenarnya menjanjikan masa depan cerah,” katanya.
Menurutnya, selain bidang kimpalan dalam air, pihaknya turut menawarkan 13 kursus kemahiran melibatkan bidang selaman komersil yang mendapat akreditasi ITDA.
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Nurizzati menjadi wanita pertama di Malaysia diiktiraf menjadi juru kimpal dalam airAlamat link terkait :Nurizzati menjadi wanita pertama di Malaysia diiktiraf menjadi juru kimpal dalam air
0 Response to "Nurizzati menjadi wanita pertama di Malaysia diiktiraf menjadi juru kimpal dalam air"
Posting Komentar