Mira Filzah Jadi Model Di New York!
WOW! Pelakon Mira Filzah bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York padal 8 hingga 10 September depan.
Menurut Mira, dia akan mewakili fereka fesyen tempatan di sana dan dia juga akan berada di pentas peragaan demi memperagakan pakaian dari pereka tersebut.
“Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York.
“Saya juga diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Mira, dia akan berangkat ke New York pada penghujung bulan ini bagi membuat persiapan sebelum acara tersebut berlangsung.
Dalam pada itu, Mira juga berharap penyertaannya itu dapat membantunya menambah kenalan dan mencari peluang untuk mengembangkan kariernya di sana.
“Saya akan pergi awal untuk menjalani penggambaran baju-baju yang akan diperagakan selain mengambil peluang untuk berjalan-jalan memandangkan ini kali pertama saya ke Amerika Syarikat.
“Diharap penyertaan saya ini juga dapat memberi pendedahan selain mencari kenalan-kenalan baru yang dapat membantu alam mengembangkan karier seni sana di sana,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Alamat link terkait :Mira Filzah Jadi Model Di New York!
0 Response to "Mira Filzah Jadi Model Di New York!"
Posting Komentar