Mayat Mangsa Ketiga Lemas Di Sungai Lipis Dijumpai

Judul : Mayat Mangsa Ketiga Lemas Di Sungai Lipis Dijumpai

Baca Juga:


Mayat Mangsa Ketiga Lemas Di Sungai Lipis Dijumpai

KUANTAN – Mayat seorang lagi mangsa yang sebelum ini dikhuatiri lemas selepas mandi bersama dua lagi saudaranya di kawasan pam pasir Sungai Lipis, Batu 13 Ladang Benta, di Kuala Lipis petang semalam, berjaya ditemui pagi ini.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Zon 3 Shahrulnizam Nasir berkata mayat GK Easwer, 15, ditemui di dasar sungai pada kedalaman empat meter oleh pasukan penyelamat.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, mangsa bersama bapa saudara, R Ravendran, 46, dan sepupunya, R Pravindran, 17, mandi di sungai berkenaan sebelum lemas.

Mayat Ravendran dijumpai pada jam 4.25 petang semalam manakala mayat Pravindran yang merupakan anak sulung Ravendran ditemui pada jam 5.06 petang. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Mayat Mangsa Ketiga Lemas Di Sungai Lipis Dijumpai
Alamat link terkait :Mayat Mangsa Ketiga Lemas Di Sungai Lipis Dijumpai

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mayat Mangsa Ketiga Lemas Di Sungai Lipis Dijumpai"

Posting Komentar