Judul :
Lelaki botak guna gergaji cederakan orang awam diburu polis
Lelaki botak guna gergaji cederakan orang awam diburu polis
SCHAFFHAUSEN: Seorang lelaki bersenjatakan gergaji mencederakan sekurang-kurangnya lima orang dan dua daripadanya cedera parah pada Isnin di sebuah pekan kecil di Switzerland.
Kawasan berkenaan kemudiannya dikepung pihak polis bagi memburu suspek, dan pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan bahawa serangan itu bukan "satu tindakan keganasan".
Identiti penyerang telah dikenal pasti namun polis tidak menamakannya tetapi menggambarkan individu berkenaan sebagai orang awam, botak dan berketinggian sekitar 190 sentimeter.
Serangan itu berlaku di dalam bangunan pejabat di tengah-tengah pekan Schaffhausen, yang berkepadatan 36,000 penduduk.
Lapor akhbar Switzerland, polis mengepung kawasan itu dan mengarahkan orang ramai beredar dengan segera.
Mangsa yang cedera dirawat oleh anggota keselamatan. Helikopter ambulans turut dikerah ke tempat kejadian.
sumber:siakapke.li
Judul artikel terkait :
Lelaki botak guna gergaji cederakan orang awam diburu polis
Alamat link terkait :
Lelaki botak guna gergaji cederakan orang awam diburu polis
Related Posts :
Premis kenakan caj 30 sen ikat tepi dikompaun KPDNKK
SHAH ALAM, SELANGOR – Premis yang mengenakan caj tersembunyi (ikat tepi) pada minuman yang dibungkus, yang viral di media sosial baru-baru … Read More...
Premis kenakan caj 30 sen 'ikat tepi' dikompaun KPDNKK
SHAH ALAM, SELANGOR - Premis yang mengenakan caj tersembunyi (ikat tepi) pada minuman yang dibungkus, yang viral di media sosial baru-… Read More...
'Datuk Bandar' Kehormat di Alaska, Stubbs, Mati Pada Usia 20 Tahun
'Datuk Bandar' Kehormat Talkeetna, Alaska, mati pada usia 20 tahun selepas berkhidmat dengan cemerlang sebagai seekor 'ahli politik' dan me… Read More...
[Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berunding dengan pihak syarikat pengedar kereta AGR Auto Trade Sdn. Bhd. (AGR)… Read More...
Tak Sampai Sejam Nikah, Wanita Ini Diceraikan Talak Tiga Depan Orang RamaiSejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k.
Seorang juru foto gambar perkahwinan yang… Read More...
0 Response to "Lelaki botak guna gergaji cederakan orang awam diburu polis"
Posting Komentar