Larangan Bersekutu Dengan Yahudi-Kristian
PADA 21 Julai 2017, Al-Quds Foundation Malaysia dan Aqsa Syarif serta badan bukan kerajaan menganjurkan perhimpunan secara aman bagi membantah penutupan Masjid al-Aqsa.
Ribuan rakyat Malaysia berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengibarkan semangat keadilan dengan membawa sepanduk ‘Selamatkan Palestin’ dan ‘Bebaskan Al-Aqsa’. Jelas kelihatan umat Islam di negara ini membantah peranan AS yang menyokong Israel menindas penduduk Palestin.
Namun begitu, tidak ramai rakyat Malaysia yang menunjukkan ekspresi yang sama ketika pihak Kristian Evangelis bercadang menganjurkan sambutan Nations of the Golden Gate Alligning With Jerusalem Jubilee yang pernah dijadualkan berlangsung di Melaka pada 15-18 Jun lalu. Bahkan, ada umat Islam sendiri yang mengecam tindakan kerajaan Melaka untuk membatalkan sambutan tersebut atas dasar hak kebebasan beragama.
Menurut Iain Buchanan di dalam bukunya yang bertajuk Sang Nila Utama & The Lion of Judah menyatakan, Kristian Evangelis percaya, Malaysia adalah The Golden Gate yang menghubungkan Kristian kepada Israel. Puak Kristian mesra Zionist disebut di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 51:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Kristian sebagai sekutu yang mana mereka sendiri merupakan sekutu antara satu sama lain. Dan barang siapa yang berpaling kepada mereka, sesungguhnya, dia adalah sebahagian daripada mereka.
Ulamak terkenal AS, Imran Nazar Hossein menjelaskan ayat ini bukan ditujukan kepada penganut Yahudi atau Kristian secara keseluruhannya. Tetapi golongan Yahudi dan Kristian yang bersekutu antara satu sama lain. Al-Quran juga melarang umat Islam menjadikan mereka sebagai teman rapat atau sekutu.
Jika dilihat, sekiranya rakyat Malaysia berkobar-kobar menolak AS yang menyalur dana kepada Israel, mengapa tidak pula bagi isu Kristian Evangelis yang terang-terang menyokong gerakan Zionis dan cuba menghubungkan Israel dan Malaysia.
Golongan pengecam pembatalan sambutan itu berkata, tindakan tersebut tidak berkesan untuk dakwah di negara ini. Sesungguhnya, terdapat banyak cara umat Islam untuk berdakwah tetapi kaedah bersekutu dengan menyokong Jerusalem Jubilee bukanlah pilihan tepat. Oleh itu, umat Islam seharusnya menyedari kewujudan kumpulan mesra Zionis ini dan berjaga-jaga dengan percaturan mereka.
Oleh: Muhammad Asqalani Bin Hamizi
#laskarmalaya
Loading...
Alamat link terkait :Larangan Bersekutu Dengan Yahudi-Kristian
0 Response to "Larangan Bersekutu Dengan Yahudi-Kristian"
Posting Komentar