Konsert Ekspresi Felda Meletop!!
ANGARAN secara kasar jumlah pengunjung yang hadir memeriahkan Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia ialah seramai 3,000 orang.
Seawal jam 9 malam tadi, telah berlangsung acara kemuncak bagi Sambutan Hari Peneroka Felda 2017 yang bertempat di tapak konsert utama berdekatan kawasan food truck. Tak kurang ada juga pengunjung yang membawa tikar sebagai alas mereka untuk menonton konsert yang gilang-gemilang ini.
Selain itu, Que Haidar juga turut membuat persembahan nyanyian lagu kegemaran arwah bapanya, Tengku Haidar serta lagu single terbarunya, Kisah Cinta. Apa yang lebih menarik lagi apabila anak perempuan Que sendiri iaitu Tengku Ratu yang turut bersama menyanyikan lagu itu.
Dalam seronok berhibur, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi telah mendendangkan deklamasi puisi tentang Felda serta lagu qasidah Al-Jannah yang sememangnya bersifat ketuhanan. Turut serta menyanyikan lagu keinsafan, iaitu kumpulan Assalam Buskers yang telah menukarkan lirik lagu Kau Yang Bernama Seri kepada lirik yang bersifat ketuhanan iaitu Kau Yang Bernama Illahi.
AS SALAM BUSKER
ASMAWI ANI
Konsert ini bertambah meriah apabila penyanyi kegemaran ramai, Aiman Tino, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi menggamatkan suasana dengan lagu popular masing-masing. Apa yang lebih menarik ialah apabila kanak-kanak perempuan kelihatan sangat teruja apabila penyanyi Aiman Tino memunculkan diri dan turut turun dari pentas untuk menyanyi bersama peminatnya.
SUFIAN SUHAIMI
AIMAN TINO
WANY HASRITA
Selain daripada artis popular tempatan, artis Felda juga turut terlibat bagi menjayakan konsert ini. Mereka terdiri daripada Zaki Zain, Shana, Ayu Riqa dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga Jalil Hamid, Dadalia Band dan Rahmat Mega. Konsert ini juga diceriakan lagi dengan keletah pengacara majlis iaitu Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Pia dan pasangan, Joe Aziz.
Golongan kanak-kanak juga turut terhibur dengan kemunculan maskot Upin Ipin dan rakan-rakannya yang membuat persembahan nyanyian dan tarian. Kartun kegemaran ramai ini telah mencuri tumpuan apabila semua watak di dalam kartun itu menari-nari dengan gaya yang lucu.
Semoga hari ini semua penonton akan tidur lena selepas dapat melepas rindu menonton penyanyi kegemaran mereka mambuat persembahan secara live.
Jika diberi kesempatan untuk diadakan lagi Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia ini, lebih ramai lagi penonton dapat hadir bagi menggegarkan acara hebat ini di masa akan datang.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
Alamat link terkait :Konsert Ekspresi Felda Meletop!!
0 Response to "Konsert Ekspresi Felda Meletop!!"
Posting Komentar