Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14

Judul : Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14

Baca Juga:


Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14

KUALA LUMPUR – DAP yakin Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan menyaksikan gelombang tsunami dalam kalangan pengundi Melayu menumbangkan parti kaum mereka sendiri iaitu UMNO.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut membayangkan kakitangan kerajaan yang majoritinya kaum Melayu akan turut menumbangkan parti Melayu UMNO supaya Pakatan Harapan dapat memerintah negara.

Kata beliau, DAP menjangkakan perkara itu kerana parti itu mendapat sokongan ramai orang Melayu yang berpengaruh seperti Sasterawan Negara, Datuk Seri A.Samad Said (Pak Samad)

“Pak Samad masuk DAP dengan tujuan jelas untuk menyebarkan mesej impian Malaysia.

“Dalam keadaan itu pun masih ramai yang bimbang untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya akan datang kerana katanya takut Melayu hilang kuasa,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari in

Sehubungan itu, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Pak Samad kerana menerima penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri oleh Yang di-Pertua Pulau Pinang.

DAP merupakan ketua kepada parti-parti pembangkang yang bernaung dibawah Pakatan Harapan walaupun pakatan pembangkang itu dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Antara agenda perjuangan DAP adalah membentuk sebuah kerajaan sekular dan liberal yang tulen di Malaysia serta hak sama rata setiap agama dan kaum di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14
Alamat link terkait :Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14"

Posting Komentar