Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri – Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia

Judul : Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri – Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia

Baca Juga:


Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri – Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia

Peserta berasal dari Malaysia, Diana Chan diumumkan sebagai juara musim terbaharu Masterchef Australia, malam Isnin (semalam).

Kejayaan tersebut menjadikan Diana sebagai rakyat Malaysia kedua menjulang trofi Masterchef Australia selepas pemuda kelahiran Pulau Pinang, Adam Liam, memenanginya pada musim kedua.

Menariknya, hidangan yang memberi kemenangan kepada Diana ialah Ikan Merah Masak Sambal, resepi yang selalu dimasak oleh ibunya.

Selain hidangan yang memikat hati juri, perwatakan dan sikap tenangnya berdepan tekanan serta cabaran setiap minggu antara faktor dia dipilih sebagai juara.

Diana juga seorang peserta yang selalu tampil konsisten dengan hidangan menarik dan sempurna sejak dari awal program.

Peserta berusia 29 tahun ini menewaskan saingannya Ben Ungermann dan membawa pulang trofi, wang tunai berjumlah A$250,000 dan muncul dalam kolum majalah masakan, Delicious.

Diana merupakan seorang akauntan yang dilahirkan dan membesar di Johor Bahru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur ketika usia remajanya.

Pada usia 19 tahun, Diana berpindah ke Australia dan menetap di Melbourne

Sumber: Astro Gempak

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri – Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia
Alamat link terkait :Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri – Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri – Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia"

Posting Komentar