Federer jadi inspirasi Chong Wei buru kejuaraan dunia sulung
Chong Wei, selaku pemain nombor dua dunia, mengakui kejayaan pemain kelahiran Switzerland itu membuktikan setiap atlet terbaik mampu meraih keputusan positif dalam bidang sukan masing-masing sekiranya mempunyai keazaman tinggi untuk berjaya.
"Kejayaan beliau menjadi motivasi terbaik untuk saya menghadapi kejohanan dunia kerana umur beliau dengan saya tidak jauh beza dan bagi saya kalau orang lain boleh buat, saya juga boleh buat," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini hari ini.
Chong Wei mengakui tekanan dalam memburu kejuaraan dunia yang pertama sentiasa berlegar di mindanya memandangkan empat pemain terbaik China yang berada dalam kelompok 10 ranking teratas dunia, layak beraksi pada edisi ke-23 kejohanan berkenaan.Empat pemain itu ialah Shi Yuqi, Tian Houwei, Lin Dan dan juara bertahan, Chen Long.
Chong Wei berkata bantuan dan panduan taktikal yang diberi ketua jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek menjadi pertaruhan terbaik untuk dirinya dalam menghadapi lawan.
"Kita akan bertolak ke Kejohanan Dunia pada 15 Ogos ini dan menang kalah itu saya tidak mahu fikir dulu kerana yang lebih penting ialah persediaan diri.
"Saya sudah menjalani latihan selama tiga minggu di bawah Misbun yang kembali semula ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia selepas enam tahun dan saya harap beliau (Misbun) boleh bantu saya untuk kekalkan kekuatan mental dan fizikal," katanya.
Chong Wei berkata beliau bercadang membuka dua lagi akademi badminton miliknya sendiri di Johor dan Kuala Lumpur selepas melancarkan akademi pertama di Ipoh, semalam.
Beliau berkata akademi itu ditubuhkan dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain muda untuk menjadi pelapis kepada skuad sedia ada selepas beliau menggantung raket pada masa akan datang.
-- BERNAMA
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Federer jadi inspirasi Chong Wei buru kejuaraan dunia sulungAlamat link terkait :Federer jadi inspirasi Chong Wei buru kejuaraan dunia sulung
0 Response to "Federer jadi inspirasi Chong Wei buru kejuaraan dunia sulung"
Posting Komentar