Draf perlembagaan gabungan Pakatan Harapan dihantar ke RoS secara atas talian

Judul : Draf perlembagaan gabungan Pakatan Harapan dihantar ke RoS secara atas talian

Baca Juga:


Draf perlembagaan gabungan Pakatan Harapan dihantar ke RoS secara atas talian

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) telah menghantar draf perlembagaan gabungan parti pembangkang itu secara atas talian kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beberapa wakil pimpinan Harapan dijadual bertemu RoS bagi mengadakan perbincangan mengenai draf berkenaan pada pukul 3.30 petang tadi.

"Perlembagaan parti, kita telah sampaikan pada ROS melalui online atas kehendak RoS sendiri. Kita telah bersetuju dengan draf perlembagaan kita.

"Kita harap tak ada masalah, namun kalau ada pembetulan yang perlu dibuat atas arahan daripada RoS, kita bersedia untuk membuat pembetulan," katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

Selain itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memberitahu, gabungan pembangkang itu juga telah menubuhkan jawatankuasa pilihan raya yang terdiri daripada ketua pilihan raya daripada parti masing-masing.

Jawatankuasa pilihan raya itu akan diketuai oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu Pakatan Harapan turut melantik anggota jawatankuasa DAP Gobind Singh Deo mengetuai Biro Guaman, manakala Tony Pua mengetuai Biro Penerangan.

"Jawatankuasa Sabah dan Sarawak juga akan diwujudkan dan sayap angkatan muda dan wanita akan ditubuhkan. Ia akan disahkan oleh mesyuarat majlis presiden nanti," katanya lagi.

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Draf perlembagaan gabungan Pakatan Harapan dihantar ke RoS secara atas talian
Alamat link terkait :Draf perlembagaan gabungan Pakatan Harapan dihantar ke RoS secara atas talian

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Draf perlembagaan gabungan Pakatan Harapan dihantar ke RoS secara atas talian"

Posting Komentar