Bicara TN50 Felda Bersama Tan Sri Shahril Abd Samad

Judul : Bicara TN50 Felda Bersama Tan Sri Shahril Abd Samad

Baca Juga:


Bicara TN50 Felda Bersama Tan Sri Shahril Abd Samad

Pagi tadi telah berlangsung Bicara TN50 bersama Pengerusi Felda sendiri, iaitu YB Tan Sri Shahril Abdul Samad di Dewan Utama Kementerian Kewangan Putrajaya.

Sepanjang sesi tersebut, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, saudara Muhammad Fadzli Hassan telah diamanahkan menjadi moderator bagi acara tersebut.

Acara yang telah bermula pada jam 10 pagi tadi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi Felda, ‘Semai Bakti’. Kebanyakan hadirin yang menghadiri bicara ini ialah daripada kalangan belia generasi ketiga Felda yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang hala tuju masa depan Felda.

Para hadirin yang hadir telah menyuarakan pelbagai aspirasi diajukan kepada Tuan Pengerusi sepanjang acara tadi. Antara apa yang disuarakan ialah mengenai permasalahan, pandangan, cadangan serta harapan warga Felda yang semestinya mengharapkan kerjasama serta usaha daripada pihak Felda bagi membantu mereka bagi mencapai sasaran TN50 di masa hadapan.

Banyak topik menarik yang tekah disentuh di dalam bicara tersebut seperti pembangunan modal insan, peningkatan kesedaran mengenai kepentingan ilmu, pembangunan sukan, transformasi digital serta bakat-bakat seni yang ada dalam kolongan warga Felda sendiri.

Tan Sri Shahril telah menekankan supaya semua warga Felda untuk menyahut seruan beliau agar ‘balik ke asal’. Yang mana bermaksud sentiasa beringat kepada nilai dan prinsip Felda sendiri.

“Kalau kita mahukan masa depan yang cerah, nilai dan prinsip serta pentadbiran dan urusniaga yang baik, kita tidak boleh ubah mahupun lari daripada prinsip integriti. Itu yang paling utama untuk mengekalkan masa depan yang baik”, kata Shahril dalam bicaranya tadi

Walaupun bicara ini diadakan dalam masa yang singkat, para hadirin telah menunjukkan rasa puas hati mereka dan menyambut baik penjelasan yang telah diberikan oleh Tuan Pengerusi dan pihak Felda sendiri.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Bicara TN50 Felda Bersama Tan Sri Shahril Abd Samad
Alamat link terkait :Bicara TN50 Felda Bersama Tan Sri Shahril Abd Samad

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bicara TN50 Felda Bersama Tan Sri Shahril Abd Samad"

Posting Komentar