'Berjaya Turunkan Berat Badan 23 KG', Wanita Kongsi Resepi Diet Atkins Digunakannya

Judul : 'Berjaya Turunkan Berat Badan 23 KG', Wanita Kongsi Resepi Diet Atkins Digunakannya

Baca Juga:


'Berjaya Turunkan Berat Badan 23 KG', Wanita Kongsi Resepi Diet Atkins Digunakannya


Memiliki tubuh badan yang ideal merupakan idaman bagi semua wanita. Bagi yang memiliki berat badan berlebihan pasti inginkan tubuh badan yang kurus dan begitu juga sebaliknya.

Di zaman moden ni, bermacam cara dan gaya yang boleh orang lakukan untuk dapatkan tubuh badan langsing. Ada cara yang baik dan ada cara yang kurang baik untuk kesihatan.

Tidak dinafikan terdapat segelintir orang yang ingin mendapatkan hasil dengan singkat dan cepat dengan mengambil pelbagai jenis pil kuruskan badan tanpa disedari, pengambilan ubat-ubatan yang merbahaya mampu memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Menurut perkongsian daripada Ain Suraya, tidak sukar untuk mendapatkan berat badan idaman dalam masa yang singkat asalkan kita tetapkan hati dan berusaha bersungguh-sungguh.

Mari kita baca perkongsian ini.

TIPS TURUN BERAT BADAN 23 KG

14kg: 1and ½ month (Clean Diet)
9kg: 5 month (Diet ke laut, ke darat)

Ramai yang tanya Su buat apa bagi kurus.. Ni Su share sikit apa yang Su buat.. Berdasarkan pengalaman Su ye.. Lain orang lain caranya..

1. BREAKFAST: TELUR DUA BIJI + GREENTEA

Tak semestinya telur rebus, goreng pun boleh. Kalau tak lalu, buat scramble egg. Kalau tak lalu jugak, makan lah ayam goreng ke ikan goreng ke. Green tea Su ambil tiap pagi sebelum workout untuk tingkatkan metabolism masa bersenam. Bagi Su, lagi banyak berpeluh dan lagi cepat kadar degupan jantung masa bersenam, lagi banyak lemak dibakar.

2. LUNCH & DINNER: SAYUR BERDAUN HIJAU + IKAN/AYAM

Lunch selalunya portion Su makan banyak berbanding dinner. Kenapa sayur berdaun hijau? Sebab karbohidrat lebih rendah dan fibre lebih tinggi dalam sayur yg berdaun hijau. Su tak ambil sayur yang tinggi karbohidrat sangat. Kenapa makan ikan dengan ayam? Sebab ikan dengan ayam sumber protein yang 0 karbohidrat. Seafood lain mcm udang, sotong, sesiput memang Su elakkan sebab karbo dorang tinggi. Karbo tinggi boleh jejaskan diet Su.

Dinner sebelum pukul 6.30 ye, jangan lewat. Nanti perut ambil masa 3-4 jam nak hadam makanan tu.

3. MENU

Diet ni bukannya tak boleh makan sedap-sedap. Banyak je makanan sedap-sedap yang boleh dimasak..Guna imaginasi ye nak masak. Asalkan jangan lebih dari 20g karbohidrat sehari.
 Menu ikan: Sup ikan, ikan goreng, ikan masak stim, asam pedas ikan, ikan bakar.
Menu ayam: Ayam goreng, sup ayam, tomyam ayam, nugget ayam homemade.
Menu sayur: Kubis buat coleslaw, kangkung belacan, kacang panjang tumis dengan telur, sup bayam, bubur Cauliflower.
Snack: Timun Jepun. Kunyah timun Jepun ye, bukan timun biasa yang letak dalan laksa tu. Cheese [email protected] slice. Pilih Cheese yg rendah karbo.

4. BERSENAM

Workout: Jillian 30Day Shred / Cardio / Tabata Workout. Boleh tengok dekat Youtube. Nak senang lagi, download je video tu. Save dalam telefon. Pagi dalam pukul 8-10 pagi buat lah exercise ikut video tu. Malam exercise antara pukul 8-10 malam. 30 minit je. Su malas nak buat lebih.  Exercise buat 3 hari berturut lepas tu rest sehari. Nak elakkan muscle koyak.
Ahad-Selasa workout. Rabu rest. Khamis-Sabtu workout. Faham?

Yang tengah patah hati tu, bayangkan ex ada kat depan korang. Then buat Thai boxing kat dia. Lagi bersemangat nak exercise rasanya.

5. TIPS TAMBAHAN 

Dapatkan sokongan moral dari orang terdekat. Kalau ada yang mulut jahat tu cakap "Eh, makan lauk je", "Eh boleh kurus ke makan camni", abaikan je mulut yg cakap gitu. Bukan dia yg nak kurus. Kita yg nak kurus. Kalau rasa orang tu mulut jahat, awak jangan cakap kat dia yang awak tengah diet. Nanti lagi down dia buat awak rasa nak diet. Hati kena kental tgok orang lain makan sedap² manis bagai. Lepas kurus boleh makan sedap². Fokus! Ingat nak kurus. Kebetulan masa tetengah diet ni tetiba ter "break up".  Su jadikan tu satu penguat semangat untuk Su kurus. Sebab lepas kurus, Su nak tunjuk kat dia. Hihihi. Akal jahat ni. Makan hati gak laa masa tu. Nasib baik masa makan hati, Su tak stress pergi balun makan. Kalau orang lain, asal dia stress je dia pergi makan. To my ex, thanks to you kalau terbaca benda ni. Jadi kalau nak kurus, kena patah hati dulu. Dah dapat jawapan camne Su boleh kental diet?

Untuk 14 hari pertama diet mesti betul-betul clean, tiada cheat. Kalau 14 hari pertama pun dah cheat, katakan selamat tinggal lah kepada diet anda.

Su nampak lagi cerah dari sebelum kurus?

Maybe because i drink a lot of water. The water flushed out all the toxin from my body. And i also eat a lot of healthy food. Sayur kan banyak vitamin. Jangan malas makan sayur kalau nak kulit cantik.

6. LAPAR TENGAH MALAM?

 Minum air banyak-banyak takpun kunyah timun Jepun sebab timun Jepun je low carb dari timun lain. Su masa tengah diet ni tak rasa lapar pun tetengah malam. tak tahu lah korang lain ke kan. Lain orang, lain caranya.

7. AIR ?

Air mesti cukup 1 liter untuk 25kg berat badan. Tapi Su selalu lebihkan minum air..
-2 liter air masak
-1 liter Green Tea
-1 liter air masak + chia seed.

Chia Seed sehari satu sudu sahaja. Jangan lebih. Sebab dia boleh turunkan tekanan darah korang. Korang boleh pengsan kalau terlebih ambil. Fungsi dia untuk perlawasan dan buang toxin. Ada orang cakap dia boleh cantikkan kulit. Tak tahu lah betul ke tidak. Air tu kalau boleh jangan minum air ais, sbb dia cepat bagi perut rasa kenyang. Jadi tak boleh nak minum air banyak.  Minum air masak je lagi bagus. Minum air sebelum makan dan 30 minit selepas makan. Cuba laa makan bersulam dengan air kalau nak rasa perut buncit.

8. DETOX

Su ambil Clenx Tea seminggu sekali untuk detox. Hahahaha. Kalau berani ambil lah Clenx Tea sehari sekali. Jenuh sakit perut memulas nak pergi toilet. Kegunaan Clenx Tea ni untuk perlawasan. Tak elok sebenar nya ambil hari² sebab dia macam julab. Kalau nak teh yang sama fungsi tapi effect dia lembut sikit, ambil Teh Orang Kampung.

Hasilnya, clean diet selama 1 bulan setengah Su turun 14 kg.
9 kg berikutnya lambat sikit sebab diet main-main.  😅

INGATAN MESRA:

Diet ni TAK makan buah-buahan, nasi, gula, susu, minuman manis, segala jenis makanan bertepung dan berkanji dan segala makan berproses.

Q&A Yang Popular

- Saya tak makan sayur boleh tak?
 Ni bukan diet protein.. Diet Atkins.. Diet Atkins memang kena makan sayur.. Tak mati pun makan sayur.. Lagi sihat ada laa.. Paksa diri tu makan sayur.. Sedap je sayur..

- Kenapa saya tak turun banyak macam awak?
Awak, setiap orang mestabolisma dia tak sama. Ada yg metabolisma dia tinggi, berat dia turun lagi banyak, lagi cepat dari orang yg metabolisma dia rendah..

- Banyaknya kena minum air. Tak minum banyak tak boleh ke?
Nak turun berat badan memang kena minum banyak air. Kalau tak, macam mana body nak flush out toxin, fat etc..
Google lah eh..

Ada apa-apa nak tanya boleh comment kat bawah. Kalau segan boleh PM. Su share pengalaman je. Su bukan trainer. Su jawab semampu Su. Dan Su tak ambil apa-apa  produk.


Post ini akan diupdate dari masa ke semasa jika perlu. Taknak buat banyak-banyak post.

#Atkiners

Sumber- Ain Suraya

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :'Berjaya Turunkan Berat Badan 23 KG', Wanita Kongsi Resepi Diet Atkins Digunakannya
Alamat link terkait :'Berjaya Turunkan Berat Badan 23 KG', Wanita Kongsi Resepi Diet Atkins Digunakannya

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Berjaya Turunkan Berat Badan 23 KG', Wanita Kongsi Resepi Diet Atkins Digunakannya"

Posting Komentar