Bekas Suami Ajak Rujuk, Tapi Aku Masih Trauma...

Judul : Bekas Suami Ajak Rujuk, Tapi Aku Masih Trauma...

Baca Juga:


Bekas Suami Ajak Rujuk, Tapi Aku Masih Trauma...

Bekas Suami Ajak Rujuk, Tapi Aku Masih Trauma...

Assalamualaikum puan. Saya sering membaca masalah orang lain dan tidak pernah terfikir rumah tangga saya juga akan dilanda badai suatu hari nanti. Benarlah kata orang, suami ibarat syurga buat isteri jika suami merasakan isteri itu syurga dunia buatnya tetapi apa yang terjadi dalam rumah tangga kami, ianya ibarat neraka dunia tercipta.

Biar saya terus terang dengan masalah dihadapi ini. Saya telah berkahwin awal tahun 2000 dan enam tahun kemudian kami bercerai. Rumah tangga saya dan suami hanya mampu bertahan enam tahun sahaja dan kami dikurniakan dua orang anak.

Kami bercerai kerana tiada persefahaman terbentuk antara kami berdua. Walaupun telah bercerai,  namun hubungan kami masih baik memandangkan bekas suami sering datang untuk menjenguk anak-anaknya. Masalah yang saya hadapi ialah walaupun kami telah bercerai, bekas suami masih berharap saya kembali kepadanya kerana itulah ayat yang sering diulang-ulangnya ketika dia datang bertemu anak-anak.

Tetapi disebabkan saya berasa masih trauma dan risau masalah yang sama berulang, saya menolak permintaan bekas suami untuk merujuk semula. Tetapi ternyata, hal itu mengundang rasa marahnya dan berfikir saya sudah ada lelaki lain.

Disebabkan penolakan itu juga, bekas suami sering menyalahkan saya kerana menganggap saya yang memisahkannya dengan anak-anaknya memandangkan hubungan mereka boleh saya katakan agak rapat juga. Memang semasa berkahwin, suami yang baik dengan anak-anak namun kepada saya, dia sering berkasar.

Jujurnya saya berasa bersalah dan masih ragu-ragu untuk menerimanya untuk kali ke dua memandangkan suami bekerja berlainan negeri sekali gus membuatkan kedudukan kami  berjauhan dan saya tidak dapat mengetahui apa yang dilakukannya di sana.

Saya masih tidak dapat melupakan perbuatannya yang sering bersikap kasar sepanjang perkahwinan kami yang banyak membuatkan hati saya terluka dan sering mengalirkan air mata. Bukan itu saja, suami jarang bekerja secara tetap kerana dia tidak suka makan gaji. Boring katanya mengikut arahan orang dan dia suka bebas dengan kerjanya tetapi bagi saya, hal itu salah kerana dengan anak sudah dua, dia harus lebih bertanggungjawab dan bukan saya saja yang memikirkan soal kewangan seorang diri.

Selain kerjanya yang tidak tetap dan jarang menunaikan solat, kami sering berselisih faham soal kewangan, tanggungjawab selain keluarganya yang sering memberi masalah dan suka masuk campur hal urusan rumah tangga kami dahulu. Saya pernah ingat bagaimana dia mengata keluarga saya sedangkan mak ayah saya cuma mahu lihat anak mereka bahagia dan bukan derita.

Tapi bagi suami, keluarga sayalah yang suka masuk campur urusan rumah tangganya.

Untuk pengetahuan puan, saya sangat rapat dengan keluarga bekas suami biar mereka tidak suka kepada saya di awal perkahwinan  tetapi saya berusaha mengambil hatinya dengan pelbagai cara dan akhirnya, bila kami bercerai saya terasa sebuah kehilangan sebuah keluarga yang saya sayangi.

Dengan sikap suami yang sering bertukar kerja menyebabkan kami sering mengalami masalah kewangan. Memandangkan saya bekerja swasta, saya masih dapat menguruskan perbelanjaan tetapi masalah timbul bila suami sering membandingkan gaji saya yang lebih tinggi darinya dan suami masih berkira untuk menguruskan belanja rumah tangga dan anak walaupun itu adalah tanggungjawabnya.

Hubungan kami sampai ke kemuncaknya apabila saya mohon berpindah ke kampung halaman kerana tidak tahan dengan sikap suami dan beberapa bulan selepas itu saya dapati suami telah pun bertunang dengan perempuan lain ketika kami baru bercerai. Dengan hati yang sangat terluka dan segala pengorbanan dan kesetiaan saya selama ini tidak dihargai suami, hati saya nekad untuk melupakannya.  

Namun sehingga kini, bekas suami masih berharap saya kembali kepadanya kerana dia telah pun putus dengan tunangnya kerana dia rasa tidak serasi. Sehingga kini, saya masih belum mencari pengganti kerana saya berasa sukar untuk melupakan bekas suami. Saya masih menyayangi bekas suami dan tidak pernah putus berharap supaya dia berubah sikap demi anak kami yang sangat perlukan perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah.

Saya berasa sangat buntu dan sangat kasihankan anak. Risau jika kembali kepadanya ibarat pisang berbuah dua kali. Bantulah saya puan untuk mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah yang sentiasa membelenggu saya ini. Sekian, terima kasih.
 

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Bekas Suami Ajak Rujuk, Tapi Aku Masih Trauma...
Alamat link terkait :Bekas Suami Ajak Rujuk, Tapi Aku Masih Trauma...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas Suami Ajak Rujuk, Tapi Aku Masih Trauma..."

Posting Komentar