Akibat Putus Cinta, Badan Nadzmi Adhwa Susut Teruk
Enam tahun bercinta, akhirnya putus. (Pic: Z.Nadzri)
“Bukan mudah untuk saya melupakan percintaan yang terputus tahun lalu kerana sudah enam tahun kami bercinta. Kesan daripada perpisahan itu, tubuh saya susut teruk,” jelas pelakon Nadzmi Adhwa, 24, yang kehilangan berat badan sebanyak 16 kilogram.
Pada masa sama, penyusutan tubuhnya juga disebabkan tuntutan watak lakonannya untuk filem Safari Mall yang akan menemui penonton tahun depan.
"Selepas berpisah pada Oktober tahun lalu, saya terus fokus pada kerja dan menjaga penampilan. Kebetulan pihak produksi Safari Mall minta saya kuruskan badan dengan berdiet.
"Jadi, dengan ujian yang berlaku serta kurang makan membuatkan berat badan saya turun dengan cepat. Setiap hari saya makan sekali saja kerana sibuk dengan komitmen di set penggambaran," katanya.
Menurut Adhwa, dia belum bersedia untuk mencari pengganti malah tiada masa untuk fikir soal cinta.
“Tumpuan kini hanya pada kerja selain mahu kumpul aset dan bantu keluarga,” katanya.
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :Akibat Putus Cinta, Badan Nadzmi Adhwa Susut TerukAlamat link terkait :Akibat Putus Cinta, Badan Nadzmi Adhwa Susut Teruk
0 Response to "Akibat Putus Cinta, Badan Nadzmi Adhwa Susut Teruk"
Posting Komentar