(6 GAMBAR) Kes Lawan Arus Awal Pagi Ini Yang Melibatkan Kematian!
KEPALA BATAS: Seorang penunggang motosikal maut manakala beberapa yang lain cedera parah dalam nahas membabitkan kereta dipandu melawan arus di Kilometer 124.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian membabitkan lima kenderaan itu, sebuah kereta jenis Volkswagen didakwa dipandu melawan arus dari arah Sungai Dua ke Bertam sebelum bertembung dengan empat kenderaan lain termasuk sebuah motosikal kira-kira jam 2.40 pagi tadi.
Penunggang motosikal berkenaan dilaporkan tercampak sehingga ke pembahagi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Jurucakap PLUS mengesahkan kejadian.
Sumber
sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :(6 GAMBAR) Kes Lawan Arus Awal Pagi Ini Yang Melibatkan Kematian!Alamat link terkait :(6 GAMBAR) Kes Lawan Arus Awal Pagi Ini Yang Melibatkan Kematian!
0 Response to "(6 GAMBAR) Kes Lawan Arus Awal Pagi Ini Yang Melibatkan Kematian!"
Posting Komentar