2 penuntut UiTM maut, 4 parah

Judul : 2 penuntut UiTM maut, 4 parah

Baca Juga:


2 penuntut UiTM maut, 4 parah

DUA mangsa yang maut dalam kemalangan dekat SK Raja Chulan, Kampung Gajah, hari ini, adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah.

Aimi Naziha Mohd Zamri, 18, berasal dari Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur manakala rakannya, Nur Danisyah Mohd Sofian, 18, beralamat di Taman Semarak Sungai Chua, Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata kemalangan berlaku di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, depan SK Raja Chulan, Kampung Raja, pada 1.30 tengah hari.

Menurutnya, kemalangan kereta dengan van itu membabitkan sembilan mangsa iaitu tujuh penuntut perempuan, seorang penuntut lelaki UiTM Tapah dan pemandu van UiTM Tapah.

Katanya, van UiTM itu dinaiki dua penuntut, masing-masing seorang perempuan dan lelaki manakala kereta pula dinaiki enam penuntut perempuan.

“Empat daripada enam penuntut perempuan yang menaiki kereta agak parah.

“Mereka adalah Ainur Farah Qistina Ayub dari Seremban, Negeri Sembilan; Nur Aina Nadhirah dari Ipoh; Perak, Nor Hamizah Zaharan dari Seberang Perai Selatan, P Pinang dan Izani Farhani Mohd Izzat Wong iaitu pemandu kereta yang berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor.

"Kesemua mereka berusia 18 tahun dan kini di rawat di Hospital Changkat Melintang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Zainal berkata, pemandu van UiTM Tapah berusia 28 tahun, penuntut lelaki dan perempuan universiti sama berusia 18 tahun yang menaiki van berkenaan turut cedera.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang bergerak dari Kampung Gajah tiba-tiba membuat cuba pusingan-U di depan sekolah sebelum dilanggar van yang datang dari arah sama.

"Akibat kemalangan ini dua penumpang kereta maut itu di tempat kejadian manakala tiga penumpang lain dan pemandunya parah," katanya.

Katanya, kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

sumber:siakapke.li Judul artikel terkait :2 penuntut UiTM maut, 4 parah
Alamat link terkait :2 penuntut UiTM maut, 4 parah

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "2 penuntut UiTM maut, 4 parah"

Posting Komentar